Rasa sakit atau tidak selesa pada dada anda mungkin akibat daripada arteri yang tersumbat atau wujud masalah lain pada organ jantung.
Jika anda mudah rasa penat hanya dengan sedikit aktiviti fizikal ringan atau sederhana, mungkin terdapat sebarang isu yang berkaitan dengan jantung anda.
Berpeluh dingin atau sejuk tanpa sebarang sebab yang kukuh adalah petanda masalah jantung. Jika tidak buat pemeriksaan mungkin akan mendatangkan bahaya.
Sekiranya anda selalu berasa loya, muntah-muntah, ketidakhadaman atau pedih ulu hati, ia mungkin berlaku kerana ada masalah pada jantung anda.
PENYAKIT berkaitan jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia dengan merekodkan 18,515 kematian.
Statistik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia 2022 menunjukkan bahawa Ischaemic heart diseases mencatatkan sebab kematian kedua tertinggi di negara ini pada tahun 2021, iaitu 13.7 peratus selepas Covid-19.
Jika dahulu, penyakit jantung lazimnya melibatkan individu berusia antara 40-an dan ke atas, namun kini, terdapat trend peningkatan masalah berkaitan jantung yang melibatkan golongan muda.
Faktor terbesar yang menyumbang kepada masalah itu adalah tabiat pemakanan yang tidak sihat.
Walaupun perubatan moden menawarkan pelbagai rawatan untuk pesakit jantung yang lebih muda termasuk ubat-ubatan seperti statin yang boleh menstabilkan arteriosklerosis dalam beberapa kes, namun adalah lebih baik jika perkara itu dicegah berbanding diubati.