Tanda Awal Sakit Jantung Yang Ramai Abaikan – Wajib Ambil Tahu!

Tanda Sakit jantung

Kenapa Anda Perlu Tahu Tanda Awal Sakit Jantung??

Masalah jantung merupakan pembunuh senyap yang mampu menyerang sesiapa sahaja tanpa tidak kira tua ataupun muda. Ramai yang hanya sedar selepas serangan jantung yang pertama sedangkan, badan kita dah bagi ‘signal‘ awal. Cuma kita yang tak peka.

Kajian oleh Institut Jantung Negara (IJN) menunjukkan ramai pesakit jantung kritikal tidak menyedari mereka menghidapnya sehingga dah ke tahap kritikal

Berikut merupakan tanda-tanda sakit jantung yang anda perlu ambil tahu. 

5 Tanda Awal Sakit Jantung Yang Sering Diabaikan. No 5 Yang Ramai Leka

1. Cepat Penat Walaupun Buat Aktiviti Ringan

Pernah tak anda baru berjalan jauh sikit dah terasa mengah? Apatah lagi nak naik turun tangga. Mungkin anda rasa ianya disebabkan faktor usia yang semakin meningkat tetapi sebenarnya jantung anda semakin lemah dan tak mampu untuk mengepam darah masuk ke jantung.

2. Sakit Atau Tidak Selesa Di Dada

Tanda ini biasanya yang paling anda ambil berat jika ada. Anda akan berasa ketat, mencucuk atau terbakar di bahgaian dada walaupun semasa anda sedang aktif dan berduduk santai. Ianya mungkin petanda angina – disebabkan oleh pengurangan aliran darah ke jantung.

3. Nafas Pendek Atau Sesak Nafas

Sesak nafas adalah satu keadaan apabila seseorang itu mengalami kesukaran untuk bernafas. Sesak nafas boleh terjadi secara tiba-tiba dan pada bila-bila masa sahaja walaupun ketika anda sedang tidur. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh menyebabkan jantung anda gagal untuk berfungsi.

4. Batuk Yang Teruk

Jika anda mengalami batuk yang berterusan selama beberapa hari walaupun sudah ambil ubat, berkemungkinan anda mengalami sakit jantung. Cek juga pada kahak yang keluar ketika batuk. Jika berwarna putih atau merah jambu, ia boleh menjadi simptom kepada jantung lemah.

5. Jantung Berdebar Tanpa Sebab

Normal jika seseorang itu berdebar disebabkan takut atau teruja. Namun jika jantung anda selalu berdebar tanpa sebab, mungkin boleh menjadi isyarat kepada atrial fibrillation iaitu keadaan degupan jantung yang tidak stabil sehingga boleh mengakibatkan strok dan sakit jantung.

Siapa Yang Berisiko Tinggi Dapat Masalah Jantung?

✅   Perokok tegar

✅   Pesakit kencing manis & darah tinggi

✅   Kolestrol tinggi

✅   Berat badan berlebihan (obesiti)

✅   Gaya hidup tidak aktif

✅   Stress berpanjangan

Cara Mencegah Masalah Jantung

Jangan risau!! Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya dan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Paling penting kita kena sentiasa mencari ikhtiar supaya penyakit kita tidak menjadi semakin kronik. Berikut merupakan beberapa langkah mudah untuk mencegah masalah jantung:-

🔥  Kawal pemakanan: Makanan antara faktor yang sangat penting penyumbang kepada masalah kesihatan kita. Kurangkan makanan yang tinggi gula, garam dan juga lemak trans.

🔥  Senaman: Lakukan senaman ringan dan berintensiti sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu dapat mengurangkan risiko serangan jantung 31% lebih rendah daripada mereka yang tidak aktif.

🔥 Cukup tidur dan rehat: Badan kita memerlukan tidur 6-8 jam sehari bagi membantu tubuh menghasilkan sel protein yang dapat melindungi tubuh daripada jangkitan dan risiko penyakit kronik.

🔥 Kurangkan tekanan / stress: Tekanan atau stress yang berlebihan boleh meningkatkan risiko mengalami masalah kardiovaskular dan meningkatkan tekanan darah. Ini menyebabkan keradangan pada arteri sekaligus menyebabkan masalah jantung.

Bagaimana Olivie Plus 30X Lindungi Jantung Anda?

Minyak zaitun sudah terbukti berkesan memberi manfaat terhadap kesihatan jantung. Menurut hellosehat, minyak zaitun mengandungi lemak sihat yang sangat baik untuk kesihatan. Terdapat bermacam jenis minyak zaitun di pasaran. Namun, pengambilan minyak zaitun yang berkualiti seperti Minyak Zaitun Olivie Plus 30X sangat penting kepada tubuh.

Olivie Plus 30X mengandungi 30 kali ganda antioksidan berbanding minyak zaitun biasa. Ianya kaya dengan kandungan hydroxytyrosol yang dapat membantu tubuh badan kita melawan penyakit kronik.

Kelebihan Minyak Zaitun Olivie Plus 30x:

⭐ Kaya dengan vitamin A, D, E, & K

⭐ Melindungi saluran darah daripada keradangan dan pengerasan (atherosclorosis).

⭐ Sumber lemak baik menyokong kesihatan jantung.

⭐ Mencegah pengoksidaan kolestrol LDL (kolestrol jahat).

⭐ Tinggi asid oleik untuk kesihatan dalaman.

⭐ Pengiktirafan organik & USDA

❤️ Sayangi jantung anda!
Amalkan Olivie Plus 30x setiap hari untuk kesihatan jantung. Usaha kecil anda harini boleh menentukan masa depan anda.

Klik Butang Di Bawah Untuk Dapatkan Promosi Terkini

Kesimpulan

Penyakit jantung boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia. Jadi, sangat penting untuk kenali tanda-tanda awal supaya kita dapat mengambil langkah pencegahan. Ubah gaya hidup dan amalkan pemakanan bernutirisi tinggi. Jangan pernah berhenti berikhtiar sesungguhnya setiap penyakit pasti ada penawarnya. 

Scroll to Top